Monday, October 29, 2018

Portfolio - Bahagian 2 (Jenis-Jenis Budaya Di Sekolah)



·         Budaya Instrumental​

 Budaya Instrumental merupakan penekanan yang diberikan kepada kemahiran dan sikap pelajar untuk berjaya dengan cemerlang. Sekolah berperanan untuk memberi nilai yang tinggi kepada murid yang mendapat pencapaian yang membanggakan di sekolah. Kaedah – kaedah yang baik  digunakan bertujuan supaya matlamat ini akan dapat dicapai dengan jayanya. Budaya ini  mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar supaya mereka menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya.




·         Budaya Ekspresif
 Budaya  Ekspresif  lebih memberi penekanan terhadap aspek - aspek seni, kreatif dan aspek - aspek yang menarik minat pelajar. Antara aktiviti yang menunjukkan budaya ekspresif di sekolah  adalah seperti menari, bermain alat muzik dan melukis mengikut minat dan gaya pelajar yang  tersendiri. Walau bagaimanapun, budaya ini kurang dibentuk kerana Budaya Instrumental lebih  dititikberatkan di sekolah. Budaya Ekspresif lebih banyak dipraktikkan di beberapa sekolah di  Amerika Syarikat yang ingin pelajar mereka menonjolkan bakat masing - masing berbanding hanya fokus kepada akademik semata - mata.

·         Budaya Moral

 Budaya Moral dicerminkan melalui amalan di sekolah yang dilakukan untuk membentuk tingkah  laku yang baik di kalangan pelajar mahupun guru. Budaya ini dipupuk supaya setiap warga sekolah akan sentiasa melakukan kebaikan dan menanam nilai - nilai murni yang baik dalam diri.Bukan itu sahaja, budaya ini bertujuan untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampua membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah akan memberi hukuman atau denda kepada setiap pelajar yang melakukan kesalahan dan memberikan ganjaran kepada sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan.






 Budaya dominan di sekolah
​​
·         Budaya Formal

      - Sistem pendidikan yang ditentukan oleh kerajaan mengikut dasar sesebuah negara.
      - Pendidikan secara langsung yang diterima daripada institusi – institusi tertentu seperti sekolah,               universiti atau  maktab.
      - Tujuan pendidikan formal  mengembangkan aspek – aspek tertentu seperti Kognitif (mental dan               pemikiran), Afektif (nilai dan sikap) serta aspek Psikomotor (kemahiran fizikal dan jasmani).
      - Contoh : Aktiviti kokurikulum, kelab persatuan dan unit beruniform.
·         Budaya Informal
     - Pembelajaran yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.
     - Ilmu pengetahuan biasanya akan diperoleh melalui pengalaman di sekitarnya.
     - Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan pelajaran yang perlu dikuasai.Tidak ada penilaian digunakan untuk menentukan pencapaiannya.

Portfolio - Bahagian 1 (Pengenalan)

Tajuk : Pengurusan Pelbagai Budaya

Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah

Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka dan penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan tersebut (Noraini, 2015).

Contoh Budaya Sekolah 

  😀 Budaya Penyayang
  😀 Budaya Pakaian
  😀 Budaya Hormat-Menghormati
  😀 Budaya Belajar
  😀 Budaya Membaca

Dapatan Kajian

 Surat Khabar

  • VLE-Frog (Persekitaran Pembalajaran Maya Frog)

  • TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional)

  • Budaya Penyayang


 Jurnal

Faktor Kewujudan Budaya Sekolah

  • Peraturan dan undang - undang

  • Waktu Persekolahan 

  • Pengasingan pelajar

  • Upacara dan keramaian

  • Matlamat sekolah 

Monday, October 8, 2018

KULIAH 1 - BAHAGIAN 3

KONSEP SOSIALIS

Konsep sosialis ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ianya merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya. Sebagai contoh, apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.

Teori ini memberi perhatian kepada tiga aspek iaitu :-
✔ Perkembangan kognitif
✔ Pemerolehan moral
✔ Perkembangan Kemahiran Sosial


Jenis-Jenis sosialisasi
▶️ Primer
▶️Sekunder
▶️ Resosialisasi

Sosialisasi Primer (Permulaan)
Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa


Sosialisasi Sekunder
 Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga). Ianya merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan rasa. pada peringkat ini, individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya


Sosialisasi Semula (resosialisasi)
Ianya merupakan proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada Ianya boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain


KULIAH 1 - Bahagian 2

TOKOH-YOKOH YANG TERLIBAT DALAM TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Ibnu Khaldun (1332-1406) 
❤Mengkaji perubahan dan fenomena sosial
❤Mengkaji perkaitan antara institusi sosial
❤Membezakan antara masyarakat primitif dan moden
❤Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
❤Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal

Auguste Comte (1798-1857) 
❤Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat)
❤Memperkanalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu)
❤Sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain
❤Penyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik
❤Membahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik
❤Perkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi
❤Menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden

Emile Durkheim (1858-1917) 
❤Mengkaji manusia seperti mengkaji benda (fungsionalisme)
❤Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat
❤Moraliti dalam masyarakat mode
❤Anomie menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral

Max Weber (1864-1920)
❤Strafikasi disebabkan oleh multidimensi: berasaskan ekonomi, status dan kuasa
❤Agama penting sebagai agen perubahan
❤Rasionalisasi dalam masyarakat moden
❤Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi)
❤Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)

George Herbet Mead (1863-1931) 
❤Konsep simbol dan bahasa
❤interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
❤Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
❤Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
❤Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri
❤Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat


TOKOH_TOKOH LAIN

❤HERBERT SPENCER: Perkembangan masyarakat berlaku secara evolusi
❤PIERRE BOURDIEU: Habitus, Modal Budaya, Penganiayaan Simbolik
❤C WRIGHT MILLS: Imaginasi sosiologi
❤BASIL BERNSTEIN: Kod sosial/bahasa
❤DAVID HARGREAVES: Konsep guru dan interaksi









Sunday, October 7, 2018

KULIAH 1 - Bahagian 1

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi pendidikan ialah kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.

Sosiologi bermaksud teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian

 3 teori utama ialah
➤Fungsionalisme 
➤Konflik
➤Interaksionisme Simbolik

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga teori utama sosiologi ini

🌸Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Struktur sosial yang wujud akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. 

Konflik
🌸Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Ianya berlaku konflik dalam struktur masyarakat dan turut mengkritik kapitalisme. Selain itu, teori ini juga turut mempersoalkan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

Interaksionalisme Simbolik
🌸Ianya bermaksud menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ia turut mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif serta melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi sesama manusia. Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.






Sinopis

Dalam entri ini berkongsi mengenai teori yang terdapat didalam subjek KPS3014. Teori yang dapat dikenalpasti ialah teori fungsiniolisme, teori konflik dan teori interaksionalisme simbolik.