KONSEP SOSIALIS
Konsep sosialis ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai
yang perlu ada pada seseorang dalam institusi
sosial. Ianya merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan.
Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam
keluarga/budaya. Sebagai contoh, apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan
menjadi pendirian atau konsep . Semakin
dewasa manusia mempelajari lebih banyak
hasil dari interaksi.
Teori ini memberi perhatian kepada tiga aspek iaitu :-
✔ Perkembangan kognitif
✔ Pemerolehan moral
✔ Perkembangan Kemahiran Sosial
Jenis-Jenis sosialisasi
▶️ Primer
▶️Sekunder
▶️ Resosialisasi
Sosialisasi Primer (Permulaan)
Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa
▶️Sekunder
▶️ Resosialisasi
Sosialisasi Primer (Permulaan)
Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa
Sosialisasi Sekunder
Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga). Ianya merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan rasa. pada peringkat ini, individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya
Sosialisasi Semula (resosialisasi)
Ianya merupakan proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada Ianya boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain
No comments:
Post a Comment